Monday 30 December 2013

Suspek H1N1

Diriku alergik akan seekor binatang ini, aku namakan kus-kus. Ia binatang yang suka berdikari, dan keluar mencari makanan. Hobinya yang suka menyondol manusia membuatkan aku lebih berhati-hati dan bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan. Spesies ini sungguh banyak di tempat pengajianku, terutama di beberapa buah kolej kediaman pelajar rentetan kewujudan hutan tebal di kawasan berkenaan.   

          Aku sering kali terkesima apabila melihat spesies ini keluar bersama 'family' nya yang lain.
 ''Itulah mereka... '' detik hatiku. Kus-kus ini telah menenggelamkan fikiranku ke zaman silamku, iaitu suspek  wabak H1N1.




     Aku ditimpa musibah ini sewaktu di tingkatan empat. pada mulanya, aku hanya demam-demam biasa sahaja. Namun, setiap kali makan, aku asyik muntah dan berasa sakit-sakit di bahagian anggota badan.         ''Biasalah demam, macam-macam dugaan,'' kata aku kepada teman rapatku. 

Dalam pada itu, aku telah mengadukan hal ini kepada warden bertugas dan memintanya untuk membawaku ke klinik. pada waktu itu, lebih kurang 10 orang pelajar mempunyai masalah sebagaimana diriku. kami dikumpulkan dan kemudian dibawa ke klinik oleh warden bertugas. di klinik, kami telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang merangkumi suhu tubuh dan darah. 

Musim itu adalah musim penularan wabak H1N1, justeru itu doktor membuat kesimpulan awal bahawa berkemungkinan wabak H1N1 telah merebak ke sistem imuniti tubuh kami. hal ini telah ditafsir berdasarkan keterangan-keterangan sindrom yang kami alami. berikutan hal itu, laporan kesihatan akan dikeluarkan bagi memastikan kesahihan berita itu. kemudian, kami balik ke asrama.



Sehari selepas itu, namaku dipanggil ke pejabat asrama. keputusan sudah berada di tangan warden. Menurutnya, 3 orang negatif H1N1. detik itu, jantungku menggelibas tak keruan, dengan hembusan nafas seakan-akan deruan angin 
Laut Antartika, bermohon agar aku salah seorang daripadanya.

Setelah dikhabarkan keputusannya, ternyata aku berada dalam kalangan positif H1N1. ''H1N1?'' sungguh dalam pengertiannya untuk aku fahami pada waktu itu. warden mengarahkan kami yang positif wabak itu untuk dikuarantin di sebuah bilik yang telah disediakan, iaitu di bilik tv. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berjangkit dengan rakan-rakan yang lain disebabkan oleh pembawaan wabak itu melalui angin. 

Kami dibekalkan dengan mask dan ubat-ubatan agar kami cepat sembuh. Saban hari, jururawat akan datang ke bilik kuarantin kami dan membuat pemeriksaan bagi meninjau keadaan kesihatan kami. Dan setiap hari juga lah, kami disuntik dan diberi vitamin. Proses kuarantin ini mengambil masa selama seminggu lebih, iaitu sehingga virus H1N1 yang ada dalam tubuh kami musnah. 

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam peristiwa ini ialah dapat makanan yang complete serve and delivery service. juga, pemakaian mask sepanjang hari, melainkan pada waktu tidur. Fuhh.!





Siapa Tahu?

        Pada awal semester ini, kursus Novel Melayu menghendaki pelajar untuk mengkaji sebuah novel. kajian ini akan dibentangkan di dalam Majlis Diskusi Novel anjuran pelajar kursus ini. Novel yang saya kaji ialah Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur (negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhanmu adalah Tuhan yang baik). Novel ini adalah  karya Pelita Di dalam Kaca. 



Bagaimanakah  sistem politik  Malaysia  pada tahun 2020? Inilah yang cuba diterjemahkan oleh novel  Baldatun Thoiyyibatun sebuah novel  futuristik mengenai  Negara Islam Moden yang melaksanakan sistem Islam sepenuhnya berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Malaysia pada tahun  2020 menjadi model sebuah negara Islam ideal yang meruntuhkan sistem dunia yang penuh noda, dosa dan kezaliman.

            Novel ini berkisarkan pelaksanaan tanggungjawab oleh pemerintah.  Sesungguhnya, tugas seseorang pemerintah itu adalah berat. Hal ini kerana, di dalam pemerintahan itu terkandungnya sebuah amanah, seperti dinyatakan di dalam surah al-Ahzab, ayat 72.

                  ‘‘Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan                                       gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka                                 khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia .                                             sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan bodoh.’’

Gambaran Kota Cahaya di Malaysia





''Nasihatku, bertaqwalah kepada Allah swt dan taatlah       kepada pemerintah, sekalipun yang memerintah itu hamba   abdi. Siapa di antara kamu yang sempat hidup pada zaman yang akan datang, dia akan melihat pergeseran yang banyak sesama Islam. Hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-rasyidin  yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan taringmu, dan jauhilah perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah, setiap yang bidaah itu sesat dan tiap-tiap yang sesat itu tempatnya dalam neraka'. 

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi -                           Berjihad Menerusi Tulisan: 71)




Saturday 7 December 2013

Ubi Oh Ubi

Titisan air hujan yang jatuh berkeliaran di bumi Bangi ini telah menyebabkan perutku sentiasa 
kosong. di benakku, hanya teringat akan ubi-ubi di batas tanaman yang tumbuh membesar, kemudian digali oleh para petani. seterusnya, ubi-ubi dipasarkan kepada pemborong dan pembeli. 



tiba-tiba teringat pula diriku akan pengalaman sepanjang bersekolah di bumi Bachok, Kelantan dahulu. kebanyakan penduduk setempat mengusahakan sektor pertanian dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. antara tanaman yang paling diriku gemari ialah ubi. rasa ubi yang manis neutral telah mengiurkan seleraku untuk memakannya, terutama pada musim tengkujuh. Sememangnya nikmat.....

Ubi Taylor
Ubi Itik
Ubi Kayu

Kapal Emas

kesamaran langit yang redup menandakan titisan hujan yang turun tidak akan henti-henti membasahi bumi. apakah banjir akan berlaku lagi? hatiku begitu gundah bila memikirkannya, keluh kesah melanda diri. mana tidaknya, aku merantau demi mencari selautan ilmu di negeri orang, dengan meninggalkan seketika keluargaku di kampung. Insyaallah barangkali mereka semuanya sihat dan rumahku terpelihara. 

di kotak fikiranku, teringat akan detik-detik banjir di kampung halamanku semasa aku dalam usia kanak-kanak. rumahku terletaknya bersebelahan dengan sungai, namun disempadani dengan pokok-pokok tanaman arwah Tok Chik. pokok yang ada pada masa itu ialah pokok rambai, stea, jering, langsat, rambutan, durian, pisangku, cempedak, dan pokok kelapa. ku ingat ada juga luntung-luntung yang menumpang hidup di atas pokok rambai dek ketinggiannya yang mencecah kaki langit. syukur kepada Allah, tapak kawasan rumahku dan sebahagian pokok tanaman berada pada paras yang tinggi, dan menyukarkannya untuk ditenggelami air. 





Aku berasa sungguh seronok ketika menyambut banjir pada zaman kanak-kanakku dulu. ini kerana, aku dan adik lelakiku sengaja menyibukkan diri pada waktu ini. kami mempersiapkan sebuah rakit yang dibuat daripada buluh untuk bermain-main di dalam air. bak kata orang, manfaatkan sumber yang ada. sememangmya, terdapat kebun pokok buluh di kawasan rumahku, oleh kerana itu, kebanyakan orang di situ suka manfaatkannya apabila tiba musim banjir, termasuklah kami adik beradik. 

aku berpandangan bahawa adik lelakiku itu  sangat kreatif dan berinovasi. dia membuat rakit dengan penuh tekun dan teliti kerana dia hendak rakit itu bertahan lama dan mampu mengapung dengan sempurna di dalam air. aku hanya memberi sedikit pertolongan sahaja, seperti membeli peralatan untuk proses pembuatannya, yang selebihnya dia usahakan sendiri. 

setelah rakit siap, kami mengapungkannya di dalam air dan bermain-main di atasnya seperti orang keinderaan yang jatuh ke bumi. Kami berasa sungguh teruja..!  kami bergilir-gilir kayuh... di saat aku mengayuh, adikku berkesempatan untuk mengail ikan. tiap-tiap kami bermain, sehinggakan rotan abah pun masuk iCu. 

apa pun, kenangan bermain rakit di musim banjir bersama adik lelakiku tiap kali menjelma di kotak pemikiranku. alangkah  sungguh 'sweet n sour' detik-detik itu.


Wednesday 4 December 2013

Pancaindera Gangsa

deretan barisan telah menggamit perasaan ketidaksabaranku untuk menaiki bas. aku bersiap agak pantas pada hari ini gara-gara tidak mahu lambat ke kuliah. aku mengenakan blaus labuh yang berwarna merah bagi menghidupkan mood perasaan pada hari ini. 

seperti kebiasaannya, bas telah dipenuhi oleh mahasiswa/i sehinggakan ramai yang terpaksa berdiri, termasuklah aku. aku melakar senyuman pendek kepada orang-orang yang ada di dalam kenderaan panjang itu. malah ada juga yang menyapa diriku kerana sudah lama tidak berjumpa. pelbagai kata sapaan dilontarkan kepadaku, ''hai..assalamualaikum...hello''.  


aku hanya mampu mengukir senyuman kerana tidak pasti akan orang yang menyapaku itu gara-gara jarak yang agak jauh. Apa pun, aku hanya redha dengan pancaindera  gangsa ku ini. Alhamdulillah ya Allah.....


Selipar Tiga Kaki

 aku yang dulunya lasak....
sangat menggemari satu permainan ini.,
sehingga kini masih berterbangan taktik-taktik yang aku guna untuk memenangi permainan ini. Setiap kali aku dan rakan-rakan bermain permainan ini, bumi seolah-olah bergegar dek telapak kaki kami. betapa riangnya kami pada detik itu. masing-masing tidak mahu menyerah kalah. sungguh seronok bila diingat kembali.


Wednesday 6 November 2013

Polis Cilik




dalam diam, aku termenung seketika. fikiranku hanyut ke zaman kanak-kanak 15 tahun yang lalu. tawa riang dan lari-lari anak oleh sekumpulan kanak-kanak itu di taman permainan Bandar Tasik Selatan telah menggamit memori aku sewaktu kecil-kecil dulu. 

aksi mereka yang lincah dan berkejaran dengan bersenjatakan pistol mainan mengingatkan aku tentang 'permainan polis-polis' bersama geng X10. gelaran X10 diberi kerana kami terdiri daripada 9 orang lelaki dan 1 orang perempuan. perempuan itu ialah aku, disebabkan aku jenis yang lasak dan selesa berkawan dengan lelaki. hampir setiap petang kami bermain bersama-sama di halaman rumahku, melainkan hari hujan kerana takut dirotan oleh abah. 


cara permainan ini ialah budak polis-polis perlu menyentuh kesemua geng pencuri. dalam pada itu, budak polis-polis harus menangkap pencuri dengan penuh hati-hati kerana jika pencuri datang dari belakang dan menyentuh budak polis-polis, maka budak polis-polis akan menjadi polis sehingga tamat permainan. pencuri yang disentuh oleh budak polis-polis dianggap sudah ditangkap.


dengan bersenjatakan pistol kertas, kami dikejar oleh budak polis-polis menyebabkan kami berkeliaran mencari tempat persembunyian yang selamat. sungguh seronok pada waktu ini, kerana pelbagai cara yang digunakan untuk menyembunyikan diri. ada yang memanjat pokok tinggi-tinggi sehinggakan tidak boleh turun, menyorok di dalam rumpun buluh dengan menahan rasa miang dan masuk ke dalam reban ayam. 






orang terakhir yang ditemui polis adalah juara dan akan diberi kek apollo sebagai ganjaran. sungguhpun penat, namun kami gembira kerana dapat meluangkan waktu beridah bersama. 
permainan ini lenyap setelah kami meningkat remaja, kerana masing-masing telah dihantar ke sekolah berasrama. aku dimasukkan ke asrama Kolej Kediaman Sri Perdana, SMK Dato` Perdana di Bachok, Kelantan semasa tingkatan satu. tiap kali mengelamun, aku sering merindui zaman kanak-kanakku itu. Alangkah indahnya kalau masa boleh 
diundur

Logo SMKDP